Bulan Ramadhan adalah bulan kesembilan dalam kalendar Hijriyyah bagi umat islam. Ianya merupakan bulan yang sangat istimewa yang mana Allah SWT telh menjanjikan berbagai kemuliaan yang sangat menguntungkan kepada hamba-hamba Nya. Bagi mereka yang cintakan bulan yang penuh kerahmatan dan keberkatan ini sememangnya menunggu ketibaannya.
Justeru itu, Panitia Pendidikan Islam, SK Taman Bunga Raya 2 telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan program Ihya' Ramadhan untuk memperkasakan dan memuliakan kehadiran bulan ini dengan amalan-amalan yang dianjurkan agama Islam.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang di sekolah untuk murid-murid SK Taman Bunga Raya 2 pada bulan Ramadhan. Ini bertujuan untuk melahirkan murid-murid yang dapat menghidupkan amalan-amalan yang dianjurkan bagi menghormati syiar Ramadhan.
 |
Tadaru Al-Quran |
 |
Tadarus Al-Quran |
 |
Tazkirah Ramadhan
|
 |
Program 1jam bersama Al-Quran |
 |
Murid-murid memberi kerjasama yang baik. |
 |
1 Jam Bersama Al-Quran |
---------- SALAM RAMADHAN ----------
____________________________________________________